Keringkanlah airmata mu
Yang mengalir tak sudah-sudah
Ambillah sapu tangan ku
Yang ku bawa
Dari luka semalam
Hidup bukanlah melodi atau nyanyian
Hidup adalah realiti dan kenyataan
Akankah kau berkata
Kepada ku suatu waktu
Tak bererti penyesalan
Kalau pun benar rindu itu mimpi
Kau dan aku
Bukanlah tragedi
Kuala Lumpur
Semalam katanya mahu berubah..
Lantas bersiap "menjahit" kopiah..
Malang.. Benang "kehabisan"
Dipenghujung jahitan "bunga"..
Keluhannya menghembus deru nafas kecewa..
Lalu.. Janji semalam, hari ini ditangguh..
Hari ini katanya sekali lagi mahu berubah..
Lantas tergesa bangun seawal fajar..
Aduhhh.. Sekali lagi, air paipnya tiada..
Keluhannya sekali lagi menghembus deru nafas kecewa..
Lalu.. Janji hari ini tertangguh lagi..
Berbisik hati.. Esok masih ada..
Maka biarlah jiwa benar-benar tenang berubah..
Lantas merelakan lena rehat seketika..
Katanya cuma seketika..
Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih..
Dia yang mahu berubah, "lena" selamanya..
ALLAH Maha Pengampun..
Sumber
Mari 'berhijrah' sebelum 'terlena'..
Kuala Lumpur
Salam Maal Hijrah 1433
Opick
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
Bangsar
Raihan/The Zikr
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Barukan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu
Kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
KBKL
Redha.
Waktunya kian hampir
Segalanya pasti berakhir
Akankah dunia yang baru
Bisa mengubah takdir terdahulu?
Sh Alam
Feb 11
Basmallah. "Barang siapa yang berkhianat, maka pada hari kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya itu." Ali-Imran; 161 Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih! Sh Alam 9 Feb 2011
Aku bukan dia
Bunga yang kau puja
Bunga yang kau damba
Aku bukan dia
Bunga yang sempurna
Bunga yang kau bangga
Aku bukan dia
Bunga yang kau cinta!
Sh Alam
Aku telefon ummi hanya untuk khabarkan sakitku? Soalan ummi bertalu kerana bimbangkan aku? Sedang waktu sihat, berapa kali aku peduli rindu hatinya pada aku? Oh ummi, anakmu ini memerlukan doa restu. Oh Tuhan, bantulah aku. Kerana sayangnya Engkau padaku, maka aku yang menjadi pilihanMu. Justeru, kurniakanlah kekuatan bersama dugaan-dugaan itu. Aku merayu.
Sh Alam
Kalau?
Kalau aku tidak perlu.
Kalau aku punya keputusan sendiri.
Kalau rasa ini tiada pernah wujud!
Kalau, kalau dan kalau. Kalau saja kalau itu bernilai!
Oh Tuhan, aku mahu pergi.
27/11, Sh Alam.
Memilih jalan hidup yang payah

